.



Goodbye 9teen

Hii assalamualaikum . okay seriously i excited sangat nak update blog sebab rasa macam dah berkurun lama i tinggai blog ni even baru 5 6 bulan lepas i update tapi sorry la i dah deleted post tu sebab i rasa macam tak menarik pun . Post ni pun berkemungkinan i akan padam balik . Well zaman blog ni dah lama orang tinggai , so dah macam tak penting . Tak ramai yang rajin nak baca karangan sebab orang sekarang lebih suka buat story dekat ig ft wechat . Takpun tweet ja senang , tak payah nak bersusah payah mengarang dalam blog . But not for me bcs i still miss zaman zaman kegemilangan blog . Zaman pulun edit blog , buat header cari background boh lagu letak kotak chat omg i miss those time . Tapi tu la semua dah macam lesap , time flies so fast bro . Dulu form1 form2 ye lah usaha nak perelok blog , tapi sekarang usaha nak jaga feed instagram HAHAHA .

Okay tujuan utama aku update blog ni bukan nak throwback zaman zaman noob sangat pun cuma benda tu sekadar iklan . Dia macam saja nak mengenang sejenak . Lagipun zaman zaman tu bukan semua orang akan alami so we should be proud . Well back to the topic , the main point aku update blog ni cuma nak share apa yang dah aku alami sepanjang aku dah habis sekolah which is dari aku umur 18 sampai la 19 . 2tahun ni boleh kata tahun permulaan untuk hadap dunia realiti la . As you guys know , esok atin dah 20 :') . So why not i share kat you kisah hidup i selama 2tahun ni kan . At least i have something to share daripada mengarut benda tah apa apa , daripada meroyan kat twitter daripada menangis benda yang tah apa apa . Untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara tersebut apa salahnya i share sikit antara achievement yg i berjaya capai untuk kedua dua tahun tersebut . Yes , lets start ;

Untuk tahun 2015 tahun lepas , aku tak dapat nak rasa sangat keperitan hidup because everyone be with me no matter what . Tapi ada la sikit macam terasa hati dengan kawan sekolah lama sebab ye lah bila dah sambung study masing-masing dah dapat kawan baru , and kita yang sambung form6 ni terasa macam disisihkan dilupakan . But ya , dah nama pun kawan kan sampai bila la nak terasa hati . Tu dari segi terasa , kalau dari segi lain aku rasa tahun 2015 was a good year for me . It is bcs 2015 ni banyak bagi aku kegembiraan which is ada group yang macam family , boleh move on , ada kawan baru yang dulunya macam stranger last last rapat . And the most happiness things yg dah jadi untuk tahun 2015 ni is kawan kawan sambut birthday . Benda tu macam unpredictable sebab dah lama tak merasa sambut birthday and then kawan kawan buat surprise , Allah je yang tahu perasaan tu macam mana . I cried happily . Then , the moment i join kem aspirasi . haih aku malas nak throwback sebab satgi aku rindu . Bila rindu dia mula la nak sebak . Actually untuk tahun 2015 ni semua banyak benda happy yang jadi , so aku macam time ni tak berapa nak matang lagi kot . Masuk tahun 2016 aku masih berharap semuanya akan jadi macam tahun 2015 . Semua happy takdak sedih .

Tapi malangnya 2016 ni lagi kawww aku punya life . Seriously 2016 memang banyak ajar aku untuk terus kuat dalam hadap semua benda yang jadi . Dari segi kehidupan dengan family dengan kawan dengan awak dengan diri sendiri . Boleh dikatakan 2016 ni tahun unpredictable bagi aku sebab semuanya jadi tanpa aku jangka langsung .Okay aku akan cerita one by one so senang sikitlah hang nak faham .

Dari segi kehidupan dengan family memang boleh dikatakan berubah 100% kot . Okay as u know i hilang ayah kandung dari i umur 11tahun which is tahun 2008 . so its mean ibu aku dah jadi ibu tunggal hampir 9tahun . She was so strong ! Shes amazing ! Kadang rasa sebak do , ibu hilang suami but still boleh jaga kami dua beradik . Kerja siang malam cari duit untuk sara anak beranak . She gave everything what we want . Until one day ibu cakap ibu nak kawin . Time tu aku macam takkan kot . You know what , i tak pernah expect yang one day aku akan hilang ayah sebab dulu aku yakin yang ayah akan ada dengan kami sampai la aku dah kawin ada anak hahaha budak budak kan . Tapi tu la , Allah sayang ayah . Tapi aku pun tak pernah la pulak nak jangka yang ibu nak kawin lain . To be honest aku tak kesah pun kalau ibu nak kawin sebab aku rasa she deserve someone yang boleh jaga dia . Okay look , kuat mana pun perempuan tu , she still need a man . And hebat mana pun laki tu , he still need a woman . Aku tak kesah ibu kawin sebab one day aku kena tinggalkan dia untuk sambung study, habis takkan nak biaq dia sorang . At least bila ibu sakit penat semua ayah boleh handle . Tak bermaksud bila ibu aku kawin aku lepas tanggungjawab . Boleh fikir kann .

Cuma tu la , aku sendiri tak terjangka yang aku dapat ayah tiri (( insert emoji gelak )) bukan setakat ayah tiri malah abang serta adik tiri . Abang tiri pulak beza setahun ja haih mana la tak segan . Even aku ni banyak cakap , peramah tapi bila dengan adik beradik tiri ni dia jadi lain. Mungkin sebab segan kot . So far our family life okay , takdak gaduh apa lagi even adik aku tu suka buat masalah .



Tu dari segi kehidupan dengan family kann okay kita terus dengan kehidupan kawan . to be honest la kan tahun ni punya status relationship dengan kawan sebenarnya banyak HIPOKRIT . Serious wei bukan aku sorang ja yang perangai macam ni , kawan kawan lain pun sama . Bukan taknak stop jadi hipokrit tapi hakikat as a student ni hmm faham faham je lah . Tapi bukan dengan semua la aku hipokrit . Ada certain friend ja yg aku akan hiporkrit pun . But memandangkan dah habis sekolah kan , hahaha lega bhai hidup ! Tak payah kesah pasal sapa pun . Walaupun kadang kadang rindu la jugak sekolah .

Tu cerita dekat sekolah , dekat luaq sekolah pun ada jugak . Tahun ni best sebab dapat kawan baru . Kawan kawan kolej . Even takla ramai sangat tapi masih boleh menghiburkan hati . Ye lah masa aku 18 , hidup aku dekat sekolah ja tambah pulak masuk asrama . Hidup dengan kelompok tu jelah . Tapi bila dah 19 ni , ada pulak orang ajak kita join kem jadi fasi pulak tu hmmm lagi senang la kita buat kawan . Bukan apa , bila berkawan dengan orang luaq ni kita boleh tukar tukar pendapat tukar tukar cerita so pemikiran tu boleh lagi terbukak la . Aku ada ja kawan kawan luaq cuma kebanyakannya kenai kat twitter kat ig pastu semua jauh jauh . Takat kenai macam macam tu jala , tak boleh jumpa apa . I prefer kawan yang boleh kita ajak lepak minum sembang sekali . Sekarang bila dah dapat , aku rasa bersyukur la at least ada jugak orang luaq yang boleh terima perangai aku macam kawan kawan sekolah terima aku . And you know what ada satu benda yg buat aku terharu sebab ada sorang kawan ni dari jauh mai untuk jumpa aku haih bukan semua mau jumpa aku wei hahah so terima kasih kawan jauh

You know what , dalam hidup ni untuk happy bukan susah pun . Hang buat orang happy , hang akan happy . Hang terima baik buruk orang , orang terima baik buruk hang . Thats all . Andd the most important thing bagi aku is hargai apa yang orang dah buat kat kita even benda tu simple .. Dengan cara tu aku rasa hidup dihargai walaupun kadang kita rasa diri kita ni tak diperlukan langsung but trust me , they need you .





So nak sambung kisah kehidupan aku dengan awak tu ke ? HAHAHA well okay i share sikit sebab i nak bagi tips je lah . Aku bab bab macam ni aku emotional sikit tapi tu la jangan give up . Okay bulan ni saja aku perati dekat ig dekat wc dekat facebook ramai orang yg update kisah putus cinta depa . Ok aku mengaku before this masa aku broken kawww , aku pun update jugak . Hari hari tweet , dengar lagu yang kena sikit dengan situasi hm tweeet . Baca tweet yg kena dengan diri sendiri okay retweet . Sampai la jadi pergaduhan hahaha tapi alhamdulillah la sejak tak guna twitter ni rasa lega .

Okay girls , i tau bila kita broken kita nak sangat perhatian daripada orang kan . Kita tak kuat pun tapi kita tweet kata kita kuat kita boleh handle tapi hakikatnya duhh pedih sakit semua ada . It is bcs kita nakkan perhatian , tu ja . Sebab tu ada setengah orang dia tak kesah pun nak share kisah putus cinta dia kat orang , at least ada orang boleh support dia . Yg lain tu tak perlu pun nak bash but girls berpada pada la nak share pun . Janganla nak tunjuk 100% salah kat laki tu . Tu la kita ni haih aku nasihat orang kadang aku sendiri kecundang . But u know what , everything happen ada sebab . Mungkin dengan putus cinta boleh ajar kita survive without him . boleh ajar kita untuk lebih sayangkan diri sendiri , boleh ajar kita untuk lebih berhati hati . Be positive ! Aku dulu hari hari positive tapi kadang drop down jugak .

Yang kawan pun , dah tau kawan awak tu broken apa kata support la dia sikit . Bukannya marah marah . Normal la dei kalau orang putus cinta mengadu kat hang hari hari . Memang la rasa muak nak dengaq tp boleh ja hg support sikit . tera dia nak move on tu tabahkan la sat hati dia . And for you , hm bila broken jangan la hari hari sedih . Pi la buat something yang boleh happykan diri you . Banyak benda hang boleh buat , payah sangat hang lena haa senang . Aku pernah baca ayat ni "perempuan yg kuat takkan cerita kisah dia dekat orang lain" tapi kita masih perlukan someone utk kita mengadu utk kita bercerita utk tenangkan kita . Cuma bukan dengan cara hebohkan dekat orang . It is not . Note to myself . Entahlah aku rasa tahun ni aku belajar jadi kuat bila hadap dengan benda macam ni . You should that tak semua akan stay dengan kita . No matter how hard u try , kalau dah ditakdirkan bukan dia dengan you , dia belah jugak . But keep praying and dont give up if you still love them .

Tah berguna ke tak tips aku tu tapi boleh la at least ada la sikit pengajaran aku bagi . Okay last point is kehidupan diri sendiri . Wei aku bangga dengan diri aku tahun ni sebab aku ada buat perubahan antaranya dari tak reti masak dah reti (( tak pro la lagi )) lepastu dah ada lesen kereta then dah pandai siang ikan HAHAHAHA banyak lagi tapi tu la at least ada la perubahan dalam diri . Well aku boleh je hidup berdikari cuma tahun lebih sikit la sebab dah 19 kan , sampai bila nak bergantung harap kat ibu . Ni esok dah 20 dah kena kerja cari duit sendiri . Tak kerja takdak la duit . Takpala demi masa depan , lagipun nak kena prepare duit nak sambung belajaq nak travel nak kawin kah kah . So kena la prepare awai awai .

Banyaknya hmm mesti ada yang tak baca , takpa i redha . Utk mereka yang baca , aku harap ada la sikit nasihat yg aku bagi tu boleh hampa ambik jadikan tauladan HAHA i hope so but if not takpa . Conclusion untuk post aku ni hm 2016 memang banyak ajaq aku untuk jadi orang bertanggungjawab , seorang yang kuat , seorang yg tak akan give up hm seorang yang sentiasa berfikiran positif dan banyak lagi la . So far i tak berapa nak suka tahun 2016 tapi tahun yang kita tak suka ni la banyak bagi impak positif dalam kehidupan seharian . Lagipun esok dah jangkau 20 , dah tak jadi student lagi la kena hadap dunia yang sebenar . Tak mintak banyak la , cuma harap Allah mudahkan urusan . Thankyouu .







I Am King




// 2016 ♔ ...more?


Save the date



King Song

template by s.m!sery.
resources: